Kamis, 12 Januari 2012

Wanita sholehah

Sabda Rasulullah
Sebaik-baik perhiasan didunia ialah wanita solehah


Seiring dengan membangunnya islam dari zaman ke zaman,dekat ke dekat dan hari ke satu hari yang lain ,Telah banyak kita dengar slogan-slogan wanita solehah dilaungkan.Begitu juga dialam maya tidak kurang hebatnya memperkatakan ciri-ciri wanita solehah yang seharusnya kita ikuti beserta langkah-langkahnya.Kadang-kala apa yang dilaungan tidak seiring dengan amalan seharian.Bermula dengan yang tampil bertudung litup hinggalah yang berkepala togel masih melaungkannya. Semuanya mahu menjadi wanita solehah…apa tu solehah?Bukanlah saya berniat untuk menghuraikan satu persatu mengenai perkataan solehah itu.Persoalannya disini,mengapa kita selaku wanita berkeinginan menjadi wanita solehah?

Kenapa solehah?


Kadang-kala niat untuk menjadi solehah itu telah terpesong sejak awal lagi.Sememangnya syaitan itu licik didalam tipu dayanya.Jika sebentar tadi kita merasakan bahawa iman kita ada sedikit peningkatan,maka dengan izin Allah dan dengan mudah laknatullah itu boleh mengubahnya.Seorang sahabat alam maya saya pernah mengingatkan saya..’ Makam(tempat) syaitan itu ada didalam diri kita.Jadi,untuk melemahkannya kita perlulah sentiasa berzikir untuk mengingati Allah agar syaitan itu tak menjadi lebih kuat dari diri kita.’ ,saya percaya mungkin masih ramai lagi dikalangan kita yang masih belum benar-benar faham konsep sebenar solehah itu.Sebahagiannya nak jadi solehah kerana nak menarik perhatian ikhwan.Supaya dirinya menjadi rebutan.Sebahagian yang lain pula masih tercari-cari identiti diri yang dirasakan belum mampu memikul gelaran wanita solehah.

‘Allah tidak mengubah nasib sesuatu kamu sehinggalah mereka mengubah nasib diri mereka sendiri’

Sahabat…Ya,kita perlu dan dituntut menjadi wanita solehah.Mengapa?Ini adalah kerana matlamat kita semoga dengan usaha kita mahu menjadi wanita solehah itu akan diterima sebagai ahli syurga satu hari nanti bahkan jauh dari azab neraka Allah.Tapi kadang-kadang kita lupa ,didalam usaha mendapatkan sesuatu,hanya ada dua jalan dan itulah yang sering kita abaikan.Iaitu usaha + doa.Mahu menjadi wanita solehah tapi pakaian dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah.Begitu juga akhlak.Dulu suka berhasad dengki dan sekarang masih wujud lagi perasaan itu.

Solehahkah kita?

Solehahkah kita dengan hanya menjadi seorang yang lembut tutur bicaranya tetapi dihati penuh dengan hasad.Sudah cukupkah kesolehan kita dengan kesana kemari bertemankan kekasih yang masih belum tentu menjadi suami yang sah?solehahkah andai kita lebih prefer memilih seluar-seluar yang ketat apabila menjejakkan kaki keluar dari rumah.Aurat entah kemana dan ilmu agama yang pernah tersemat didada habis hilang.Itukah kita wahai wanita solehah?

Kadang-KALA isu remeh ini kurang diberikan perhatian walhal memainkan peranan penting didalam pembentukan sahsiah individu muslimah.Kenapa nak menjadi wanita solehah?Seharusnya kita sedar keadaan sekeliling kita yang semakin haru-biru dan sewajibnya kita menjadi salah satu permata yang bersinar disebalik kaca yang berderai ketanah itu.Indahnya andai wanita solehah itu tidak dicemari dengan lumpur-lumpur kotor yang bakal menjatuhkan maruahnya.Dan Insyaallah sama-sama kita akan menjadi penghuni AL-JANNAH satu masa nanti…


Bagaimana mau menjadi solehah?

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaf inilah tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

oke ya,mdh2an ape yg jadi harapan hesti dan pembaca di kabulkan Allah SWT

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Ibnu Hajar - Premium Blogger Themes | Ma'had Miftahul Jannah